Apa Itu Analisa Fundamental (Asas Untuk Pemula)

Analisa fundamental adalah cara untuk menganalisa harga berdasarkan beberapa faktor seperti perubahan tingkat suku bunga (interest rate), inflasi, dasar kewangan sesebuah negara dan lain sebagainya.

Dengan memahami faktor-faktor yang dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara anda akan dapat menjangkakan pergerakan harga untuk satu jangka masa.

Fundamental akan menunjukkan arah tuju harga untuk satu jangka yang relatif lama sedangkan teknikal atau mapping yang selalu kita buat biasanya menunjukkan pergerakan untuk jangka masa pendek.

Jadi yang terbaik adalah dengan menggunakan analisis teknikal & fundamental dalam masa yang sama.

Sebelum meneruskan pembacaan pastikan anda sudah membaca artikel mengenai siapa yang menggerakkan price.

Jika sudah mari kita teruskan.

Siapa yang mengawal nilai matawang

Jika anda sudah membaca artikel sebelumnya maka anda tahu bahawa yang mengawal nilai mata wang dalam sesebuah negara adalah bank pusat (central bank).

Apa yang mempengaruhi turun dan naik matawang

  • Faktor dalaman sesebuah negara. Contohnya sesebuah negara menaikkan kadar faedah (interest rate) maka kecenderungan yang berlaku adalah mata wang dari negara tersebut akan mengukuh. Ini akan membuatkan matawang tersebut akan menaik.
  • Faktor luar yang berlaku. Contohnya ketika kita trade pair EURUSD tiba-tiba harga jatuh disebabkan matawang USD mengukuh dikeranakan statement yang dikeluakan oleh FED. Faktor luar menyebabkan pair EUR jatuh.

Cara menggunakan analisa fundamental dalam trade

kajian pair

Pertama, buat kajian tentang mata wang yang akan anda trade. Sebagai contoh, anda nak trade EURUSD. Taip ECB news atau Europe news maka akan muncul berita-berita semasa.

Baca dan fahami apa yang sedang berlaku dalam ekonomi mereka.

berita semasa ecb
source: https://www.cnbcindonesia.com/news/20230915135954-4-472784/bank-sentral-menggila-nasib-eropa-di-ujung-tanduk

 

Dengan membaca news semasa ini dimana ECB mengumumkan kenaikan interest rate maka kita tahu akan ada kemungkinan (bukan pasti) untuk price EURUSD akan mengukuh dalam satu waktu tertentu.

Disclaimer: Anda harus membuat kajian dengan lebih terperinci dari sumber-sumber yang lain, ini hanya sebagai contoh.

price ada di support daily

Kedua, buat analisa teknikal. Pada saat ini key level yang significant bagi price ada di 1.06325 & 1.06825. Dari sini kita faham bahawa pada ketika ini ada dua kemungkinan sama ada price akan terpantul ke atas atau ke kawasan support daily di 1.0575.

Apa yang perlu anda buat sekarang adalah terus memantau berita semasa mengenai apa yang akan ECB lakukan ke depan sambil monitor secara teknikal. Jika muncul pattern reversal maka anda boleh membuka position untuk buy. Selalu gunakan stop loss dan take profit.

Kesimpulan

Analisa fundamental memerlukan waktu dan tenaga untuk selalu monitor apa yang berlaku secara ekonomi. Tetapi percayalah ianya sangat berbaloi untuk trade anda pada masa panjang.

Akhirnya, luangkan waktu untuk membaca buku-buku berkaitan ekonomi ianya akan membantu anda mendapatkan overview dan pengetahuan yang lebih luas.

Baca Juga: Apa Itu Time Frame Dalam Forex (Mana Satu nak Pilih)

Leave a Comment