Apa Itu Analisa Teknikal (Asas Untuk Pemula)

Analisa teknikal (technical analysis) adalah salah satu cara menganalisa pergerakan harga berdasarkan grafik di dalam chart.

Tujuannya adalah untuk mengetahui pergerakan harga di masa depan dengan analisa yang dilakukan sekarang.

Asas Analisa Teknikal

  1. Market sentiasa bergerak dalam sebuah trend
  2. Sejarah pasti akan berulang

Jom kita kupas satu-satu.

Dalam instrument apa pun yang anda dagangkan market selalu berada dalam sebuah trend. Trend terbagi kepada 3 iaitu uptrend (menaik), downtrend (menurun) & sideway (mendatar).

Jadi tugas anda adalah mengenal pasti harga pada ketika ini sedang berada dalam trend apa. Dengan itu, maka anda tidak akan salah arah.

Dalam konteks Forex, sesuatu yang berulang terlihat di dalam chart pattern dan beberapa indication lainnya.

Sebagai contoh bila muncul chart pattern head and shoulder, maka kemungkinan besar yang akan berlaku adalah reversal. Pattern ini terus menerus berulang itu yang dimaksudkan dengan sejarah pasti berulang. 

Support dan Resistance

support

Support ibarat lantai. Secara prinsip trader membeli saat harga berada di kawasan support. Satu waktu di masa depan Support akan menjadi Resistance.

resistance

Resistance ibarat atap rumah. Secara prinsip trader akan menjual saat harga berada di kawasan resistance. Satu waktu di masa depan Resistance akan menjadi Support.

Support dan Resistance yang kuat adalah bila mana price terpantul dengan sangat jauh dari kawasan tersebut.

Candlestick

candlestick

Candlestick adalah pola grafik harga yang kita lihat di dalam chart. Di dalam sebuah candlestick terdiri daripada beberapa komponen iaitu:

  • Harga pembukaan (high)
  • Harga penutupan (close)
  • Harga tertinggi (high)
  • Harga terendah (low)

Sebagai seorang teknikal analisis trader melalui candlestick kita dapat mengetahui beberapa maklumat seperti kekuatan buyer atau seller, tekanan dari buyer atau seller dan lain sebagainya.

Candlestick sendiri terbagi dalam banyak jenis seperti:

  • Doji
  • Bullish Engulfing
  • Bearish Engulfing
  • Hammer
  • Shooting Star
  • Bullish Harami
  • Bearish Harami
  • Piercing Line
  • Morning Star
  • Evening Star
  • Hanging Man
  • Shooting Star
  • Dan masih banyak lagi

Trendline

trendline

Trendline adalah sebuah tools yang fungsinya adalah untuk menggambarkan pattern yang terjadi di market.

Fungsi lain daripada trendline adalah untuk mengukur kekuatan sebuah trend dengan melihat pada degree dan sebagai tanda awal terjadinya reversal di market.

Trendline yang valid adalah ketika trendline menyentuh 3 titik dari swing high atau swing low. (lihat gambar rajah di bawah)

Trendline tidak boleh dijadikan entry point tetapi ianya dapat dijadikan sebagai confluence.

Indikator Teknikal

Indikator teknikal adalah tools yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Indikator yang disarankan untuk pemula adalah Stochastic Oscillator untuk mengukur momentum di market atau biasa dikenal untuk mengetahui overbought dan oversold.

Untuk memasang Stochastic klik Insert > Indicators > Oscillators > Stochastic Oscillators. Penggunaannya adalah ketika price keluar dari level 20 (oversold) maka kita mendapat maklumat bahawa ada kemungkinan akan berlaku retracement atau reversal di market.

stochastic oscillators

Sebaliknya jika price keluar dari level 80 (overbought) maka kita mendapat maklumat bahawa ada kemungkinan akan berlaku retracement atau reversal di market.

Tentunya ini tidak boleh digunakan sendiri harus diikuti dengan confluence yang lain.

Pro tip: Ketika price memasuki level 20 atau 80 bukan bererti akan berlaku reversal atau retracement serta merta tapi sebaliknya ketika price price berada di kawasan itu maka kemungkinan momentum akan meningkat. Jadi berhati-hati untuk membuka dagangan ketika price di kawasan tersebut.

Teknik Entry

Ini merupakan part yang paling dicari oleh trader pemula. Fakta yang harus anda fahami adalah tidak ada teknik yang sempurna.

Teknik yang paling mudah sekalipun jika anda betul-betul faham dan mampu mengekalkan winning rate yang konsisten pun sudah lebih dari cukup.

Disini admin kongsikan cara entry menggunakan Fibonacci.

Kenal pasti trend semasa

Langkah 1: Kenal pasti trend semasa

Kenal pasti swing high dan swing low

Langkah 2: Kenal pasti swing high dan swing low

Kenal pasti kedudukan price di stochastic oscillators

Langkah 3: Kenal pasti kedudukan price di stochastic oscillators

cara entry menggunakan fibonacci

Langkah 4: Open position buy atau sell bila mana price menutupi di atas atau di bawah 23.6% Fibonacci Retracement.

Kira Risk Reward, jika memenuhi syarat 1:2 maka order akan diambil jika tidak tunggu peluang seterusnya.

Tentukan 3 kawasan Take Profit iaitu di 61.8%, 78,6% dan 127.2%. Stop loss beberapa pips di bawah atau di atas 23.6%

Kesimpulan

Yang menjadikan anda profit secara konsisten adalah pengurusan emosi (psikologi) & pengurusan risiko yang betul.

Terus belajar untuk meningkatkan pengetahuan bukan saja dalam hal teknikal tapi juga fundamental.

Baca Juga: Apa Itu Analisa Fundamental (Asas Untuk Pemula)

Leave a Comment