Apa Itu Forex & Apa Yang Diperlukan Untuk Mula

Forex (Foreign Exchange) adalah perdagangan mata wang asing. Sebagai contoh, anda membeli 1 US Dollar yang bersamaan dengan RM4.67. Kemudian bila harga berubah 1 US Dollar menjadi RM5.50 anda menjual dan mendapatkan untung sebanyak RM0.83.

Anda membeli pada harga murah dan menjual kembali pada harga yang tinggi. Konsep Forex semudah itu.

Kelebihan menjadi seorang Forex Trader adalah:

  1. anda bebas berada dimana sahaja asalkan mempunyai talian internet
  2. boleh mula dengan modal kecil
  3. potensi pendapatan yang besar disebabkan melibatkan mata wang asing

Apa yang diperlukan untuk trade Forex?

Ilmu

Trading Forex melibatkan risiko yang sangat tinggi. Jika salah langkah anda boleh mengalami kerugian yang sangat fatal.

Selain daripada itu, bila anda mengalami kerugian disebabkan kurangnya ilmu ianya akan sangat mempengaruhi psikologi anda.

Sama ada anda akan takut membuka order atau takut ketinggalan entry. Ini adalah kesan daripada psikologi yang tidak dimanage dengan betul.

Perjalanan saya dalam dunia Forex dimulai dengan:

  • Coaching untuk belajar teknik sharp entry
  • Beli E-Video dekat Shopee belajar teknik scalping
  • Ikut group coaching belajar teknik yang paling maha dewa
  • Menonton video-video dari You Tube teknik scalping full margin 

Hasilnya, anda pasti sudah tahu.

Margin call. Rugi.

Sampai di satu titik saya mulai mencari ilmu dengan membaca buku-buku mengenai ekonomi. Fundamental yang menyebabkan price itu bergerak apa. Siapa yang dapat menggerakkan market.

kunci kejayaan trading

Mulai dari sana mata saya terbuka luas. Bukan teknik yang menentukan price akan kemana. Kunci yang betul-betul membuka mata saya adalah: kita harus mampu manage mental state dengan betul & dapat faham trader-trader lain itu berfikir seperti apa.

Dari sana perjalanan saya bukan lagi mencari teknik, tapi mencari ilmu sebanyak mungkin dengan membaca buku-buku ekonomi. 

Alasannya mudah, kalau kita faham apa yang menyebabkan trader lain bertindak kita akan jauh lebih mudah untuk melihat dan membuat keputusan dalam trading. It’s all about crowd psychology.

Jadi adalah disarankan untuk anda menimba sebanyak mungkin ilmu tentang fundamental dan bukan hanya teknik, percayalah ianya akan sangat membantu anda.

Baca review buku cara mulai trade Forex disini.

Modal

Berapa modal yang paling sesuai untuk mulai trade Forex khas orang yang betul-betul baru dalam industri ini?

Jawapan saya adalah sekecil mungkin (jumlah minimum) dengan akaun mikro.

Biar betul. Sampai bila nak kaya kalau akaun mikro dengan lot legend 0.01.

Pada umumnya, itu anggapan orang kebanyakan.

Mari saya jelaskan.

Mulai dengan end in mind. Apa goals anda dalam trading. Nak kaya cepat dalam satu malam?

Seorang trader yang berilmu pasti akan membuat goals untuk membesarkan ekuiti dengan menetapkan target yang realistik (masuk akal)

Fikirkan ini, bila anda fokus untuk melindungi dan membesarkan ekuiti maka pasti anda akan lebih berhati-hati dalam mengambil keputusan.

Untuk target 20% dalam 2 bulan. Ini satu target yang realistik.

Hanya diperlukan konsistensi dalam mengikuti trading plan & terus improve dari journal trade setiap bulan.

Jika anda sudah konsisten mencapai target 20% dalam 2 bulan dan dalam masa yang sama ekuiti anda juga sudah bertambah langkah yang seterusnya anda lakukan adalah menggunakan lot yang lebih besar dengan target yang sama 20% atau lebih jika anda sudah berpengalaman.

Jika dalam setahun atau enam bulan anda betul-betul sudah konsisten capai 20% apa salahnya untuk pindah ke standard akaun dengan modal yang lebih besar.

Kesimpulan

Sebelum memulakan sebarang perdagangan adalah sangat disarankan untuk anda menimba ilmu sebanyak mungkin sehingga dapat meminimumkan kerugian yang tidak perlu anda hadapi kerana ketiadaan ilmu.

Perjalanan sebagai seorang trader adalah perjalanan yang panjang terus belajar, tingkatkan pengetahuan dengan ilmu-ilmu fundamental dan teknikal sebanyak mungkin.

Baca Juga: Siapa Yang Menggerakkan Price dalam Forex

Leave a Comment