Pada post kali ini, kami ingin memberikan value terbaik kepada anda sebuah panduan super lengkap untuk belajar Forex Trading dengan cara yang betul.
Jika anda merasakan manfaat dari panduan ini sila share kepada kawan-kawan trader yang perlukan ilmu ini.
Mari kita mula.
End Goal
Sebelum bermula kita harus mulakan di minda kita apa yang menjadi tujuan akhir anda daripada belajar Forex.

Sebagai contoh, end goals anda adalah mendapatkan 1 juta dollar dalam waktu 5 tahun dari sekarang.
Tidak perlu bayar untuk bermimpi. Nothing to lose. Tetapkan goals ini di minda.
Langkah selanjutnya, adalah menetapkan bagaimana cara untuk mencapai hal tersebut dan perincikan hal tersebut dengan sangat detail.
Sebagai contoh.
Untuk mendapatkan 1 juta dollar saya akan trading dan fokus untuk menjadi introducer broker.
Perincinkan lagi plan anda dengan sangat detail kepada langkah-langkah yang boleh anda buat demi mencapai end goals anda.
Saya yakin anda jarang membaca tips seperti ini, tapi percayalah ianya sangat menolong jika anda mempunyai goals yang sangat jelas dan spesifik.
Fahami Apa Itu Forex
Forex berasal dari kata Foreign Exchange. Forex itu sendiri adalah perdagangan mata wang asing. Dalam bahasa mudah, Forex ini adalah jual beli duit asing.
Sebagai contoh, anda dan keluarga mahu holiday ke Washington. Pasti anda akan menukar duit dari Ringgit ke US Dollar.
Jadi dalam hal ini ketika anda menukar Ringgit ke US Dollar anda sedang melakukan perdagangan mata wang asing dan itulah Forex. Membeli dan menjual mata wang asing.
Selain daripada itu, anda harus faham yang menggerakkan harga di dalam chart MT4 anda itu adalah Central Bank dan juga pelabur-pelabur yang mempunyai modal yang sangat besar.
Yang tidak kalah penting juga anda harus trade di jam yang sesuai dengan keaktifan sesuatu instrument.
Sebagai rujukan jika anda ingin trade di pagi hari fokuslah di pair AUD dan JPY.
Dan jika anda ingin trade di waktu petang fokus di pair EUR, GBP.
Yang terakhir, di malam hari fokuslah di pair USD.
Belajar Tentang Analisa Fundamental & Teknikal
Sebelum melakukan sebarang perdagangan anda harus melakukan analisa. Analisa terbagi 2 jenis iaitu analisa fundamental dan analisa teknikal.
Kita mulai dari analisa fundamental.
Analisa fundamental merujuk kepada cara melakukan analisa market dengan menitikberatkan faktor-faktor ekonomi.
Jadi trader yang menggunakan fundamental untuk trade mereka akan melakukan kajian terhadap pair yang akan mereka trade.
Sebagai contoh, pair USDJPY. Mereka akan membuat kajian dengan mencari tahu apa yang berlaku dalam masa ini berkaitan dengan ekonomi dari America dan Jepun.
Dan misalnya, sewaktu membuat kajian mereka mendapatkan info bahawa Fed (central bank America) akan menaikkan kadar interest rate, maka ada potensi harga akan naik.
Itulah yang dimaksudkan analisa fundamental.
Kita pergi kepada analisa teknikal pula.
Analisa teknikal merujuk kepada cara menganalisa harga hanya berdasarkan grafik di chart sahaja tanpa menitikberatkan tentang fundamental.
Sebagai contoh, anda lihat terjadi pattern head and shoulder, maka anda akan menunggu pattern ini jadi lalu anda enter tanpa berfikir tentang fundamental.
Lalu soalan yang muncul adalah jadi mana yang lebih baik?
Jawapan kami adalah manfaatkan dua-dua sekali.
Belajar Asas
1.Support dan Resistance
Atau dikenal sebagai SNR.
SNR merujuk kepada satu level harga. Support merujuk kepada lantai kepada satu harga.

Resistance merujuk kepada atap atau level harga tertinggi di satu waktu.

2.Candlestick

Candlestick adalah grafik yang anda lihat di dalam Meta Trader 4 yang berbentuk seperti lilin.
Sebuah candle bullish (naik) akan open bawah dan close di atas, sebaliknya candle bearish (turun) akan open di atas dan close di bawah.
Candlestick ini sebenarnya adalah sebuah indicator yang paling real time tapi ramai trader tidak sedar akan perkara ini.
Alasannya kerana menerusi candlestick kita dapat membaca sentimen, supply dan demand di market.
Jadi sangat penting untuk anda mempunyai pengetahuan yang dalam tentang candlestick.
Kami menyarankan untuk membaca buku dari Steve Nison tentang candlestick.
3.Tools & Indicator Trading
Kegunaan dari tools dan indicator adalah untuk membantu anda dalam menganalisa dan membuat keputusan sebelum melakukan sebarang perdagangan.
Tools yang kami sarankan untuk pemula adalah Fibonacci Retracement.
Untuk indicator kami sarankan untuk menggunakan Stochastic Oscillators. Indicator ini berfungsi untuk membaca tentang keadaan overbought dan oversold iaitu mengetahui bila mana akan berlaku reversal di market.
Baca Juga: Teknik Forex dengan Fibonacci (Panduan Lengkap)
4.Psikologi Trading
Untuk berjaya dalam industri ini anda harus mempunyai psikologi trading yang sihat. Jika psikologi trading anda tidak sihat anda akan menunjukkan keadaan seperti takut, cemas, berharap & tamak.
Itu sebabnya, sangat penting untuk mempunyai psikologi trading yang sihat baca artikel lengkap disini.
5.Money Management
Money management merujuk kepada bagaimana anda mengurus kewangan anda dalam trading. Ibarat dalam bisnes, trading juga memerlukan pengurusan kewangan yang bijak.
Ini melibatkan penggunaan leverage yang tepat untuk melindungi akaun, strategi perdagangan, risk reward dan sebagainya.
Baca Disini: Money Management 101
Trade dengan akaun demo
Adalah disarankan untuk trade dengan akaun demo terlebih dahulu jika anda betul-betul baru dalam industri ini.
Dalam waktu bersamaan catat semua trade yang anda buat dalam trading journal. Di akhir bulan buat evaluation untuk menilai dan memperbaiki kesalahan anda sebelumnya.
Percayalah ini akan boost winning rate trading anda hanya jika anda melakukannya dengan cara yang benar tentunya.
Trade dengan akaun live
Jika anda sudah konsisten profit di akaun demo maka anda boleh membuka akaun standar. Ikuti trading plan dengan disiplin. Tetap lakukan evaluation setiap bulan untuk meningkatkan winning rate trading anda.
Komuniti Trading
Dalam trading kita perlukan komuniti iaitu member-member yang dapat support kita. Bila kita banyak berkawan kita dapat bertukar pengalaman dengan orang lain dan tidak menutup kemungkinan mungkin melaluinya ianya menjadi pintu rezeki bagi kita.
Who know.
Untuk itulah komuniti Residence Trader Club berdiri iaitu untuk saling support dalam komuniti ini kita adalah satu family kita saling bantu saling bagi sokongan.
Jika anda ada soalan tentang trading anda bebas untuk bertanya, ditambah ada kelas revision boleh tanya sampai faham.
Join Residence Trader Club disini.
Kesimpulan
Forex trading tidak mudah tetapi jika anda betul-betul niatkan hati untuk belajar dan terus improve kami yakin anda akan menjadi seorang trader yang berjaya satu hari kelak.