Cara Membuat Trading Plan (Lengkap)

Jika anda ingin menjadi seorang trader yang berjaya dalam industri Forex maka anda wajip memiliki trading plan yang baik.

Trading plan yang baik sahaja tidak cukup tetapi diperlukan konsistensi & disiplin.

Anda perlu trading plan supaya emosi anda terjaga, sebab jika emosi anda terganggu maka besar kemungkinan anda akan melakukan kesalahan.

Selain daripada itu dengan mempunyai trading plan risiko yang anda hadapi akan lebih terukur berbanding tiada trading plan sekali.

Berikut adalah beberapa kompenen penting dalam sebuah trading plan yang baik:

  1. Arah market (uptrend, downtrend, sideways)
  2. Momentum
  3. Market Sentimen
  4. Exit & entry
  5. Pengurusan risiko

Mari kita mula.

Arah Market

Dalam sebuah trading plan anda harus menetapkan cara untuk membaca arah market di time frame besar setidaknya daily.

Ada beberapa cara untuk membaca arah market antaranya adalah dengan:

1.Ichimoku Kinko Hyo

cara membaca trend

Syaratnya sangat mudah jika price berada di atas Kumo maka ianya adalah Uptrend. Sebaliknya, jika price berada di bawah Kumo ianya adalah downtrend.

Jika price berada di dalam Kumo ianya adalah sideways.

2.Market Structure

Jika price membuat coding Higher High dan Higher Low makanya dipastikan ianya adalah uptrend. Anda boleh tulis di chart supaya sentiasa alert dengan trend market khasnya di time frame besar.

Sebaliknya, jika price terus membuat Lower Low dan Lower High maka ianya adalah downtrend.

Momentum

Anda memerlukan tools untuk melihat momentum di market. Tools yang kami gunakan adalah Stochastic Oscillators.

Cara menggunakannya adalah sangat mudah.

stochastic oscillators 101

Jangan entry ketika price berada di kawasan overbought dan oversold. Entry ketika price sudah keluar dari kawasan tersebut. Line crossing dan keluar dari level 20 atau 80.

Baca Juga: Teknik Forex dengan Fibonacci (Panduan Lengkap)

Anda bebas menggunakan tools apa pun asalkan anda tahu untuk membaca momentum di market.

Market Sentimen

Sentimen merujuk kepada perasaan atau pandangan pelabur secara keseluruhan di market yang tergambar menerusi harga di dalam chart.

Sebagai contoh terjadi perang antara dua buah negara tentu pelabur yang melabur duit mereka di negara tersebut akan menarik semua modal mereka kerana secara logik mereka takut aset atau modal mereka akan terjejas akibat perang.

Ini membuatkan pelabur-pelabur ini akan mencari market lain untuk laburkan duit mereka. Bila semua orang di seluruh dunia tahu tentang keadaan semasa ini tentu juga mereka akan berfikir benda yang sama.

Ada banyak cara untuk membaca sentimen antaranya adalah:

  1. Candlestick Pattern
  2. Support dan Resistance
  3. Pivot Level
  4. Divergence

Sebagai contoh mudah jika berlaku sebuah bullish divergence ini memberikan tanda bahawa momentum akan selesai dan ada potensi untuk berlaku reversal.

Contoh lain, jika muncul sebuah pattern Head and Shoulder, maka kita tahu ada potensi harga akan ke bawah dan ini akan confirmed bila shoulder di break. Dari sini kita tahu sentimen pada ketika ini lebih kepada bearish.

Exit dan Entry

Dalam sebuah trading plan yang perlu anda fikirkan terlebih dahulu adalah exit di mana bukan entry semata-mata.

Kerana dalam trading goals kita adalah melindungi equity atau modal. Dalam hal ini jika exit levelnya sangat jauh dari entry dan itu tidak sesuai dengan risk reward kita maka entry tersebut sebaiknya tidak diambil.

Sebaliknya jika exit point reasonable dengan risk reward kita maka kita boleh mengambil entry tersebut. Intinya adalah ketahui cara exit dan entry anda di dalam trading plan dan patuhi rules ini.

Pastikan stop loss dan take profit juga sudah disetkan dari awal jika memungkinkan tergantung strategi trading anda.

Pengurusan Risiko

Di dalam trading melindungi modal adalah hal yang paling utama.

Jadi dalam pengurusan risiko gunakan risk reward yang sihat. Hanya dengan cara itu akaun anda akan bertahan dalam jangka panjang.

Disarankan minimum risk reward yang sihat adalah 1:2 atau 1:3.

Berikut adalah contoh lengkap trading plan.

Kesimpulan

Jangan pernah trading tanpa memiliki sebuah trading plan. Ianya adalah ibarat peta agar anda tidak tersesat. Buat dan kembangkan trading plan anda sejalan dengan waktu.

Apakah anda sudah mempunyai trading plan? Sila komen di bawah.

Leave a Comment