Cara Swing 15000+ point (SIMPLE)

Kata orang, swing itu susah.

Rumit dan perlu modal besar.

Sehingga kebanyakan orang lebih suka kepada scalping. Fast work, Fast money but also Fast MC kalau salah.

Sebenarnya swing itu tidak susah asalkan anda:

  • tahu di mana nak entry
  • faham dengan fundamental pada ketika nak entry

Saya akan buka semua rahsianya dalam post ni. Tidak perlu beli course apapun cukup baca panduan ini dan anda silakan buat backtest dan nikmati hasilnya.

Ini hasil saya swing EURUSD dengan posisi sell dari bulan Januari 2022 sampai bulan November 2022.

swing trading

Saya akan bocorkan semuanya di sini plus saya akan share komuniti yang banyak bantu saya untuk capai tahap ini.

Mari kita mula.

Buat analisa Fundamental

Jika anda nak swing anda harus faham mengenai keadaan ekonomi sesebuah negara.

Sebagai contoh saya ambil untuk keadaan ketika ini 3.11.2022 FED agresif menaikkan Interest Rate ini mengakibatkan mata wang US Dollar mengukuh. Di chart anda akan nampak pair USD semua naik.

Pastikan anda sentiasa update dengan perkembangan berita semasa.

Jika anda baru nak belajar mengenai Fundamental tiada lain saya syorkan anda membaca buku Analisis Fundamental dari Tuan Moshed. Ini memang terbaik!

Buat Forecast di Monthly

Sebelum mapping teknikal buat forecasting di timeframe besar untuk tahu price dekat mana pada ketika ini.

timeframe monthly

Pergi ke Monthly dan tukar ke line chart.

Setelah itu sambungkan titik swing high dan swing low yang berdekatan dengan current price. Ini bertujuan untuk mengetahui major trend di timeframe besar.

Dari gambar rajah di atas maka jelas ianya adalah downtrend berlaku new Lower Low dan pada ketika ini sedang menyelesaikan retracement.

Ini sangat penting. Jangan trade sebelum anda melakukan Forecast.

Setelah anda tahu market structure adalah downtrend maka anda hanya fokus sell di timeframe bawah.

Fokus Entry Satu Arah

Sebagai contoh dengan case study di atas disebabkan price berada dalam satu downtrend maka kita akan fokus untuk sell sahaja.

Dan ingat jika anda ingin menambah posisi pastikan entry yang sudah berjalan dapat menutupi stop loss dari entry yang akan anda buka.

Fokus 1 Teknik sahaja

Untuk memudahkan anda sebaiknya fokus di 1 teknik sahaja sebab jika anda campur teknik satu waktu anda sendiri akan bingung kerana tiada SOP yang tetap.

Baca Juga: Teknik Forex Paling Berkesan [LENGKAP]

Kesimpulan

Yang paling penting pastikan anda belajar terlebih dahulu sebelum trade di live account dan fokus pada 1 teknik sahaja sampai mahir. Jika anda ingin berkongsi atau bertanya sila komen di bawah.

P.S: Ikuti kelas trading yang sudah dihadiri oleh +3,752 member disini.

Leave a Comment