Jika anda ingin menjadi seorang trader yang berjaya anda harus menghindari 3 dosa besar ini yang mana selalu dibuat oleh trader baik yang baru belajar trading ataupun yang sudah lama.
Jika anda terbantu dengan artikel ini sila share kepada kawan-kawan trader yang lain supaya juga dapat bermanfaat bagi mereka.
Mari kita mula.
Terlalu Fokus Pada Teknik
Inilah yang menjadi perhatian bagi trader-trader dari seluruh dunia.
Mereka berpendapat bahawa ada teknik holy grail yang dapat menjamin 100% pasti berjaya.
Kenyataannya tiada teknik yang dapat memberikan jaminan 100%.
Kalau memang ada sudah ramai orang yang bergelar jutawan.
Anda harus faham lumrah dalam dunia bisnes juga berlaku dalam Forex iaitu ada untung juga pasti ada rugi.
Ingat yang menggerakkan harga bukan teknik tapi faktor seperti ekonomi, sentimen semasa dan berbagai faktor lainnya.
Jadi kami mencadangkan untuk anda juga fokus belajar tentang fundamental & teknikal dalam satu masa.
Untuk belajar tentang perkara ini kami syorkan untuk membaca buku dari INTRADAY disini.
Over Trading a.k.a Full Margin
Forex trading adalah sebuah bisnes. Ianya bukan satu perjudian.
Sebagai seorang trader pasti anda akan fokus untuk melindungi modal.
Jadi jika anda masih melakukan hal ini sampai hari ini kembalilah pada jalan yang betul.
Sayangilah modal anda. Daripada anda pertaruhkan dalam 1 waktu kenapa tidak anda kumpul dulu sampai jadi besar baru trade dengan trading plan yang solid.
Hati lebih tenang.
Malas Untuk Belajar Analisa Fundamental
Jika anda ingin bertahan lama dalam industri ini anda harus faham tentang fundamental.
Anda harus faham apa yang menyebabkan harga itu turun dan naik.
Kalau anda hanya berharap pada teknikal satu waktu anda pasti akan kena lipat juga sebab anda tidak tahu apa yang menyebabkan price itu bergerak.
Tidak susah sebenarnya, dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.
Kesimpulan
Ingat yang boleh mengubah nasib anda adalah anda sendiri.
Mengelakkan kesalahan-kesalahan ini dapat menjadi langkah mula untuk anda menjadi seorang trader yang berjaya.