3 Sebab Kenapa Ramai Trader Mengalami Kerugian Besar

Menurut kajian dikatakan 80% trader berhenti trading dalam waktu 2 tahun.

Ada yang mengalami kerugian dalam jumlah yang kecil sampai lah kepada jumlah yang sangat besar.

Memang betul rugi dan untung adalah lumrah dalam Forex tetapi yang jadi masalah adalah kalau anda terus menerus rugi dan anda mencuba untuk terus deposit dan rugi lagi dan lagi tanpa ada masa untuk membuat review.

Artikel ini akan sejujur-jujurnya membuka 3 sebab kenapa sebenarnya ramai trader di seluruh dunia mengalami kerugian besar.

Tiada Ilmu Fundamental

Inilah alasan yang paling utama.

Orang yang baru belajar Forex malas untuk mengambil tahu kenapa market bergerak.

Yang orang mahu adalah macam mana supaya dapat profit secepatnya.

Jika anda ingin berjaya dalam Forex anda harus faham tentang kenapa dan mengapa price itu bergerak.

Disinilah penting untuk faham tentang fundamental yang meliputi ekonomi semasa, sentimen, dan lain sebagainya.

Luangkan waktu untuk membaca buku-buku ekonomi.

Baca Juga: Cara Swing 15000+ point (SIMPLE)

Hanya Ikut Signal Trader Lain

Dengan mengikuti signal dari trader lain anda sedang memberikan jawatan manager atas duit anda kepada orang yang belum tentu mahir.

Bayangkan anda meletakkan 5,000USD dalam akaun dan berharap akan mendapatkan 30% profit dalam sebulan yang ada bukan profit tapi margin call.

Fikir sebelum bertindak. Sayangi duit anda, jika anda belum mahir lebih baik simpan duit anda.

Mempunyai Cara Trade Full Margin

Ini adalah budaya yang sudah ada sejak dulu dalam dunia trading.

Full margin dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan berkali lipat.

Berharap sahaja sudah salah dari segi emosi dalam trading apa lagi melakukan full margin.

Kesimpulan

Untuk berjaya dalam industri ini anda memerlukan pengetahuan dan skill yang kukuh.

Timba ilmu sebanyak mungkin sebelum anda betul-betul trade menggunakan akaun sebenar, ianya akan meminimumkan risiko kerugian anda di masa depan dan sekaligus meningkatkan winning rate trade anda.

Leave a Comment