Erti money management dalam konteks Forex adalah bagaimana seseorang trader mengurus setiap hal yang berkaitan dengan modal dan risiko dalam trading. Ini termasuk berapa batas risiko yang boleh diambil untuk setiap perdagangan dan lain sebagainya.
Sebagai seorang trader yang bijak tugas kita adalah melindungi ekuiti atau modal kita. Tanpa pengurusan risiko yang betul anda tidak akan bertahan lama dalam industri ini.
Berikut kami kongsikan beberapa hal penting yang berkaitan dengan money management yang harus anda perhatikan sebelum memulai sebarang perdagangan.
Trading Plan
Sebelum melakukan sebarang perdagangan pastikan anda sudah memiliki trading plan. Di dalam sebuah trading plan anda harus mempunyai komponen-komponen ini:
- Risk Reward Ratio Yang Realistik. Jangan fikir berapa profit dulu tapi utamakan untuk fikirkan berapa saya sanggup lost untuk dapatkan profit dalam 1 trade. Tentunya risk reward ratio harus disesuaikan dengan cara anda trade. Setidaknya gunakan risk reward 1:2, iaitu anda sanggup rugi 1 untuk mendapatkan 2. Contohnya anda trade sebanyak 5 kali dan 2 daripada trade itu kena stop loss. Jika dikira secara keseluruhan anda masih untung iaitu untung 6 dan rugi 4. Anda terselamatkan kerana risk reward 1:2.
- Gunakan strategi trading yang mempunyai exit dan enter strategi yang fix. Bagi anda yang masih baru dalam trading kami menyarankan anda untuk mengikuti Ultimate Strategy Trading di sini, sebuah panduan trading yang sangat praktis dan mudah difahami.
Trading Journal
Trading journal adalah catatan untuk semua trade yang anda ambil. Lebih mudahnya lihat gambar rajah di bawah.
Setidaknya dalam sebuah trading journal mempunyai:
- Mata wang yang ditrade
- Jam berapa open dan close position
- Jumlah Pips yang profit & loss
Tujuan daripada trading journal ini adalah untuk membuat penilaian di akhir bulan untuk membaca pola trading anda secara individu. Dari sini anda akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan anda di mana sehingga di bulan seterusnya anda dapat tingkatkan yang jadi kekuatan anda dan hindari yang menjadi kesalahan anda.
Kesimpulan
Sebagai seorang trader yang bijaksana, sekali lagi kami tekankan tugas kita adalah melindungi modal kita dengan pengurusan risiko yang betul.
Penutup: Bonus Untuk Anda