Psikologi Dalam Trading (Asas Untuk Pemula)

Psikologi di dalam trading akan sangat menentukan kejayaan anda dalam industri ini.

Tanpa mental state yang betul anda akan mengalami berbagai macam emosi balas dendam dekat market, full margin tanpa fikirkan risiko, trauma sebab rugi dan lain sebagainya.

Pastikan anda betul-betul faham tentang psikologi dalam trading kerana ianya akan membantu anda untuk mempunyai mental state yang sihat dalam trading.

Kita mulai dari kata psikologi itu sendiri. Psikologi dalam erti umum bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan proses mental sama ada normal atau abnormal dan kesannya kepada tingkah laku seseorang.

Dalam konteks trading ini berkaitan dengan keadaan emosi seorang trader. Seorang trader yang tiada trading plan dan tiada disiplin akan trade sesuka hatinya dan tentu ini akan berpengaruh kepada emosinya sewaktu mengalami kerugian.

Jadi sangat penting bagi anda untuk mempunyai mental state yang sihat sebagai seorang trader.

Emosi yang paling berbahaya bagi trader adalah:

Berharap. Di saat anda berharap sewaktu trading maka dipastikan anda tidak mempunyai trading plan. Yang seharusnya anda buat adalah sebelum trade pastikan anda sudah mempunyai trading plan yang solid dan stick dengan rules yang ada.

Takut. Biasanya trader yang pernah mengalami kerugian yang besar akan merasa takut untuk melakukan sebarang perdagangan. Apalagi jika modal yang ditrade adalah duit pinjaman atau personal saving.

Tamak. Ini adalah emosi yang paling banyak tidak disedari seorang trader pemula.

Overconfident. Trader yang mempunyai rekod profit selama beberapa kali berturut-turut akan merasa analisa yang dia buat pasti betul dan tidak mungkin salah.

Hindari 4 emosi di atas dengan memiliki psikologi trading yang sihat iaitu:

  1. Realistik. Berfikir dengan logik jangan terpengaruh dengan advertisment dari orang-orang yang hanya mempamerkan boleh kaya dengan cepat.
  2. Bertanggungjawap atas semua trade yang diambil. Tidak menyalahkan stop loss hunter atau market maker.
  3. Konsisten mengikuti trading plan yang sudah dibuat.

Kesimpulan

Jika anda ingin berjaya dalam industri ini milikilah psikologi trading yang sihat. Banyakkan membaca buku yang berkaitan untuk terus tingkatkan pengetahuan anda dari masa ke masa.

Baca Juga: Money Management Untuk Trading (Asas Untuk Pemula)

Leave a Comment