3 Sebab Kenapa Anda Rasa Give Up Dalam Forex

Setiap trader pasti pernah berada di fasa nak give up dalam Forex.

Setidaknya dalam perkongsian kali ini dapat membantu dan memberikan motivasi kepada anda.

Mengalami Kerugian Secara Berterusan

Bila anda mengalami kerugian secara berterusan ianya akan menganggu emosi & psikologi anda.

Kesannya anda akan takut setiap kali nak entry, ragu dan pada akhirnya akan membawa kepada putus asa.

Itu sebabnya sangat penting sebelum memulakan sebarang perdagangan Forex pastikan anda mempunyai trading plan yang solid.

Di dalam trading plan tersebut pastikan anda sudah menetapkan untuk mengambil trade hanya jika memenuhi risk reward yang sudah anda tetapkan minimum 1:2.

Baca Juga: Cara Membuat Trading Plan (Lengkap)

Rasa Ada Yang Kurang

Pada umumnya bila anda baru dalam industri ini dan selalu mencari teknik yang menjamin 100% anda akan sentiasa merasa ada yang kurang.

Dalam hal ini jika anda tergolong dalam keadaan tersebut disarankan untuk anda fokus pada 1 teknik terlebih dahulu.

Trade dengan konsisten dan catat semua trade di journal. Tujuannya adalah untuk memastikan hasil akhir dari satu teknik.

Jika di akhir bulan anda dapati winning rate dari teknik yang anda gunakan itu rendah tidak ada salahnya untuk tukar teknik lain lagi asalkan anda sudah mencuba dengan konsisten sebelumnya.

Bingung

Bingung disebabkan information overload dan lain cikgu lain ilmu.

Jika anda tergolong dalam keadaan ini disarankan untuk anda fokus pada satu cikgu sahaja dulu. Jangan belajar semua pada satu masa.

Jika anda ingin belajar trading Forex secara sistematik sila klik disini. Jangan risau ianya adalah percuma.

Kesimpulan

Sebagai penutup, jangan pernah berhenti belajar. Jika anda gagal beberapa kali bukan bererti anda akan gagal selamanya. Jangan putus asa, teruskan usaha. Anda boleh.

Leave a Comment