Siapa Yang Menggerakkan Price dalam Forex

Pernah tak anda sell dan set stop loss dalam 30 pips dan berharap price terus junam?

Dan seterusnya yang berlaku price pacak ke atas langgar stop loss, begitu sudah hit baru price junam.

Anda rugi. Anda salahkan stop loss hunter. Anda salahkan broker manipulate.

Tapi pernah tak anda berfikir siapa sebenarnya yang menggerakkan price dalam chart tu?

market mover dalam forex

Dalam artikel kali ini saya cuba menjelaskan seringkas mungkin siapa sebenarnya yang menggerakkan price dalam Forex.

Bank Pusat di setiap negara

Setiap negara di dunia ini mempunyai bank pusat masing-masing.

Di Malaysia dikenal sebagai Bank Negara Malaysia (BNM).

Sedangkan di negara-negara lain bank pusat adalah seperti berikut:

  • Federal Reserve System (The Fed) – Amerika Syarikat
  • Bank of Canada (BOC) – Kanada
  • Bank of England (BOE) – United Kingdom
  • European Central Bank (ECB) – Kesatuan Eropah
  • Bank of Japan (BOJ) – Jepun
  • Reserve Bank of Australia (RBA) – Australia
  • Bank Sentral Republik Indonesia (BI) – Indonesia

Fungsi daripada bank pusat adalah mengawal bekalan wang dalam sebuah negara. Dia lah yang akan mengawal harga tidak boleh terlalu mahal dan tidak boleh terlalu murah.

Fungsi lain daripada bank pusat adalah menetapkan dasar kadar faedah atau sering kita kenal dengan terms interest rate.

Dan tidak terlepas setiap bank pusat juga trade dalam Forex. Order mereka bukan bukan setakat ratus-ratus tapi berbilion-billion.

Itu sebabnya bank pusat sangat memberikan kesan kepada harga dalam Forex.

Contoh yang paling ketara adalah ketika sesebuah bank pusat menaikkan interest rate maka kecenderungan harga akan mengukuh disebabkan kadar faedah yang menguntungkan bagi para pelabur di serata dunia.

Pasti pelabur akan melabur di negara tersebut kerana pelabur akan mendapatkan interest rate yang menguntungkan.

Ini menyebabkan price akan menaik.

Pelabur besar dari seluruh dunia

Pelabur yang dimaksudkan disini merujuk kepada individu, syarikat atau institusi yang mempunyai modal yang besar.

Strategi dagangan yang digunakan oleh para pelabur ini juga terbagi kepada beberapa jenis:

  • Pelabur dengan strategi dagangan yang agresif
  • Pelabur dengan strategi dagangan yang konservatif
  • Pelabur dengan strategi dagangan jangka panjang
  • Pelabur dengan strategi dagangan jangka pendek

Terlepas dari berbagai macam jenis pelabur tidak dinafikan pelabur-pelabur dengan modal besar ini sangat mampu menggerakkan harga.

Kesimpulan

Dalam dunia Forex, siapa yang mempunyai wang dialah yang akan menggerakkan market.

Sebagai retail trader yang boleh kita buat adalah membaca emosi, kemahuan trader yang mempunyai modal besar dengan membaca sentimen-sentimen, berita-berita semasa dan tentunya dengan memanfaatkan analisa teknikal.

Baca Juga: Trade Forex di Jam Ini, Jangan Sampai Salah

Leave a Comment