3 Strategi Terbaik untuk Meroketkan Akaun Trading: Selamat & Terjangkau

Dengan menerapkan 3 strategi ini anda akan jauh lebih mudah untuk membesarkan equity akaun trading anda.

Sebelum kita mulai, anda harus ingat dalam trading kita harus realistik. Kadang disebabkan kita terlalu banyak consume content marketing yang menjanjikan kekayaan dalam waktu singkat dapat mempengaruhi psikologi kita.

Kedua, tanamkan di minda bahawa tugas kita sebagai seorang trader adalah untuk melindungi modal kita. Bukan fokus untuk cepat kaya tapi fokus untuk melindungi modal dengan itu kita akan lebih aware dan berhati-hati dalam mengambil sebarang keputusan.

Jom kita mulai.

Strategi 1

Target 10%-20% dalam sebulan

Sikitnya juga, bila nak kaya kalau hanya 20%?

Logiknya macam ini.

Kalau 20% pun anda tidak dapat konsisten dalam waktu 3 bulan apalagi 50% atau 100% sebulan.

Ingat dalam trading kita tidak mahu ada pressure yang buat kita harus capai target. Hedge fund yang manage modal besar pun target dalam 15%-20% sebulan.

Kenapa?

Kerana ianya logik dan realistik untuk dicapai.

Jadi tuliskan di trading plan untuk target tetapkan 20% sebulan dalam waktu 3 bulan ke depan.

Macam mana kalau dah sampai 3 bulan dan sudah konsisten?

Baca strategi seterusnya.

Strategi 2

Gunakan lot yang lebih besar dari sebelumnya dengan target yang sama iaitu 20%.

Semuanya sama kecuali jumlah lot yang anda tingkatkan.

Amalkan selama 3 bulan ke depan.

Jika setelah 3 bulan performance anda drop balik kepada lot awal dan ulangi lagi.

Kenapa harus macam ini, kenapa tak hentak terus dengan lot yang sama.

Ini bertujuan untuk membina risk tolerence anda sebagai trader. Kemampuan anda secara mental untuk menerima risiko kerugian secara bertahap.

Strategi 3

Catat trading journal dari hari 1 trading.

Pastikan anda mencatat semua trade yang anda buat. Anda boleh catat di buku fizikal atau digital seperti gambar rajah di atas.

Di akhir bulan lakukan penilaian pada trading journal anda.

Kira berapa peratusan keuntungan dan kerugian.

Dan nilai apa yang menjadi kesalahan dan gunakan data-data tersebut untuk keep improve di bulan seterusnya.

Ini akan memberikan kepada sweet spot anda sendiri.

Baca Juga: Teknik Forex Paling Berkesan [LENGKAP]

Kesimpulan

Strategi ini adalah strategi yang valid dan akan membantu anda meningkatkan winning rate trading anda dari masa ke semasa.

Amalkan dan rasakan manfaatnya.

Leave a Comment