Teknik Forex dengan Fibonacci: Panduan Lengkap

Di akhir panduan lengkap ini anda akan mendapatkan:

  1. Cara entry yang optimal
  2. Stop loss yang kecil, hingga dapat tingkatkan reward ratio
  3. Cara scale out yang betul
  4. Cara scale in yang betul
  5. Cara trade berlayer-layer yang berhemah tapi selamat

Sebelum kita mula, anda wajip menggunakan beberapa tools & indicator iaitu:

Fibonacci Retracement

Kita akan menggunakan Fibonacci Retracement untuk mencari entry point. Edit Fibonacci dan tambahkan yang belum ada.

  • 0%
  • 23.6%
  • 38.2%
  • 50%
  • 61.8
  • 78.6
  • 100%
  • 127.2%
  • 161.8%

Stochastic Oscillators

Kegunaan dari indicator ini adalah untuk melihat momentum harga. Pastikan anda faham cara membaca overbought dan oversold yang betul.

Gunakan setting 14,5,5 untuk Stochastic Oscillators.

Baca Disini: Tools & Indicator (asas untuk pemula)

Ichimoku Kinko Hyo

Indicator ini digunakan untuk mengetahui trend semasa.

Pada umumnya, jika price berada di atas cloud (kumo) ianya adalah uptrend, sebaliknya jika price berada di bawah cloud ianya adalah downtrend.

Berikut adalah interface di dalam Meta Trader 4.

Cara Entry dengan Fibonacci

1.Gunakan Fibonacci untuk mencari entry dengan menghubungkan swing low ke swing high untuk sell. Cara penarikan Fibonacci yang betul adalah dari wick ke wick. Dari titik A ke B.

2.Entry sell jika stochastic mengarah ke bawah dan sudah bersilang dan apabila berlaku close candle di bawah 23.6% untuk sell. Stop loss di atas level 0% dan buka 3 position dengan masing-masing take profit di level 61.8%, 78.6% & 127.2%.

Cara Untuk Scale Out

Scale out bermaksud kita mengurangkan atau menutup entry yang sudah profit. Itu sebabnya kita menggunakan 3 level target untuk take profit. Setiap kali level di hit kita majukan semua entry ke break even point untuk melindungi equity.

Cara Untuk Scale In

Scale in bermaksud kita menambah entry kita ketika berada dalam floating profit.

Di sini kita boleh layer dengan menggunakan kaedah yang sama. Tapi diingatkan harus dalam keadaan profit untuk scale in.

Cara Trade Berlayer-layer Dengan Berhemah

Anda boleh entry lagi hanya ketika sudah berada dalam keadaan floating profit yang mana setiap entry anda itu sudah dicover oleh profit yang sedang berjalan.

Strategi yang kami gunakan adalah entry di Daily time frame dan biarkan 3 position running profit. Bila ada kesempatan di 1 hour time frame kami akan masuk dengan 3 target level profit.

Dalam keadaan ini, nak tambah layer pun tiada masalah asalkan running profit sedang berjalan.

Kesimpulan

Teknik ini anda boleh gunakan di Daily, H1 & H1, M15. Selain dari itu adalah tidak digalakkan. Anda masih ada soalan? Komen di bawah.

Leave a Comment