Tips ini akan membantu anda untuk menjadi seorang scalper yang berjaya.
Tip 1
Tetapkan SOP yang jelas. Seorang scalper memerlukan SOP atau cara entry dan exit yang jelas bukan kerana perasaan.
Yang menyebabkan loss terkadang disebabkan oleh kerana trader itu sendiri tidak mempunyai rules yang jelas.
Pilihannya ada dua sama ada anda buat SOP sendiri atau mengikuti mana-mana SOP scalping yang ada di internet.
Tip 2
Latihan di akaun demo terlebih dulu. Jangan terburu-buru untuk trade di akaun live.
Cuba dulu di akaun demo dan catat semua trade di journal dan lakukan penilaian.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan kerugian dan sekaligus meningkatkan winning rate anda di masa mendatang.
Bak kata pepatah, perlahan tapi pasti daripada cepat tapi hancur lebur.
Tip 3
Gunakan 1 teknik sahaja jangan nasi campur. Inilah yang selalu dilakukan oleh trader pemula.
Dengan menggunakan beberapa teknik mereka berfikiran akan mendapatkan double confirmation.
Tidak demikian.
Semakin banyak teknik anda akan semakin bingung mana satu nak ikut pada akhirnya rugi.
Fokus lah pada 1 teknik sahaja dulu. Singkat kata selalu lakukan trade, record & optimize.
Baca Juga: Teknik Forex dengan Fibonacci (Panduan Lengkap)
Kesimpulan
Scalping tidak sesuai untuk seorang trader pemula kerana ianya memerlukan pengambilan keputusan yang sangat cepat.
Apakah anda seorang scalper atau swinger? Komen di bawah.